
Assalamualaikum wbt,
Terliebih dahulu kami alu-alukan semua yang berkunjung ke blog Jurnal Pemuda Sekijang ini.. kesudian semua untuk menginfaqkan sedikit masa berkunjung dan menghadamkan tulisan dan idea yang ada diblog ini kami ucapkan jazakallahu khairan khatira. Menghargai kasih dan penghargaan semua kepada blog ini kami telah melakukan sedikit perubahan daripada segi persembahannya. Bermula semalam 30 Julai 2006, kandungan blog ini akan dibahagikan mengikut kolum iaitu ASPIRASI MINDA, BERITA ONLINE, GLOBAL NEWS ON NET(GNON), DIALOG MINDA, TARBIYYAH JIHADIYYAH, KENYATAAN MEDIA RASMI dan CETUSAN KREATIVITI. Setiap kolum mewakili genre atau bentuknya yang tersendiri. Harapan kami perubahan persembahan ini akan memudahkan semua untuk mencapai kandungannya.
Praktikalnya anda semua hanya perlu klik pada link yang telah disediakan untuk membaca bahan yang telah dimuatkan. Kaedah pengemaskinian kandungan pula berfungsi pada tajuk kolum dan tarikh yang disertakan dihujungnya ( cth : ASPIRASI MINDA - Jurnal 30-06-06 ). Persembahan baru ini bagi menepati konsep blog ini sebagai sebuah jurnal.
Kami mengalu-alukan sebarang komen dan kritikan terhadap kandungan dan persembahan blog ini. Anda boleh berbuat demikian dengan meninggalkan mesej di shoutbox ( sila skrol, shoutbox berada dibahagian bawah sekali. Begitu juga Arkib, Link dan Capaian Bahan Sebelumnya).
Sekian terima kasih dan harap maklum.
Admin Jurnal Pemuda Sekijang
Berlagu Jangan Sumbang, Menari Jangan Pincang
Oleh : Mohd Rashid bin Ithnin ( Ketua DPPK Sekijang ) Perkembangan politik mutakhir melibatkan pergelutan Dr. Mahathir dan Pak Lah sebenarnya berpentas diatas prinsip politik UMNO yang lapuk dan usang. Prinsip politik memungkinkan apa saja yang bersandarkan kepada matlamat menghalalkan cara menjadikan wajah politik Malaysia terlalu kotor dan buruk. Natijah daripada budaya politik sebegini memberi imej yang amat buruk kepada negara. Konklusi mudah yang boleh dibuat daripada situasi semasa ini ialah korupsi, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa adalah amalan yang membudaya didalam praktis sistem pemerintahan negara ini. Dengan wajah sebegini pastinya ianya memberi kesan secara langsung kepada kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara.
...selanjutnya
Sekarang Saya Hendak Jual Roti Benggali...
Oleh : Mohd Rashid bin Ithnin ( Ketua DPPK Sekijang )
Drama apa yang hendak dipentaskan oleh bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir ini. Menarik sungguh aksinya, yang kekadang berdiri gah menghunus senjata, berpencak bagai nak gila, kemudian bernada sinis, bersuara rajuk merintih manja. Aduh tinggi benar penghayatan wataknya. Soalnya mampukah luahnya itu menyentuh naluri khalayak yang kebanyakannya tuli, bisu dan buta. Jadilah apa sekalipun, tidak kiralah Hang Tuah atau Jebat, Hang Nadim atau Bentara Guru waima menjadi sibenggali penjual roti sekalipun belum tentu lagi khalayak akan menghayatinya lagilah mahu bertepuk sorak menghargainya. Kasihan sekali !
Kenapa Tidak Kita ?
Mohd Rashid bin Ithnin ( Ketua DPPK Sekijang )
Kenapa tidak kita ? Soalan ini muncul ketika saya didalam perjalanan pulang daripada Pagoh mengiringi pasukan bola sepak Pemuda Sekijang yang menyertai pertandingan 7 Sebelah anjuran DPPK Pagoh. Sepanjang hampir 1 jam perjalanan itu saya asyik memikirnya, memikirkan persoalan kenapa tidak kita ? Sebenarnya telah lama persoalan itu bersarang dibenak minda dan telah berkali-kali saya cuba nukilkan untuk dijadikan artikel untuk sama-sama kita fikirkan, tetapi sayangnya setiap kali itulah kebuntuan menghimpit.
Demi Politik Apa Saja Dipertaruhkan
Oleh : Mohd Rashid bin Ithnin ( Ketua DPPK Sekijang )Laporan polis oleh Persatuan Pengguna Wilayah Persekutuan Sabah dan Labuan (CASH) yang mendakwa wujudnya sindiket mengeluarkan kad pengenalan Malaysia tulen kepada beribu-ribu pendatang asing di Sabah di bawah "Projek IC" merupakan pendedahan yang perlu dipandang serius oleh semua pihak. Lantaran ianya melibatkan soal kedaulatan dan keselamatan negara. Pendedahan yang memetik penulisan buku IC PALSU oleh Mutalib M.D itu jelas memperlihatkan wujudnya satu konspirasi yang didalangi oleh mereka yang berkepentingan bagi memastikan survival politik mereka.