Makluman.... Untuk paparan yang baik sila gunakan browser Mozilla Firefox dan resolusi 1024 x768!.... WTV8 dan WEBRTV TV Alternatif Online Kita!....

PEMBERITAHUAN
Assalamualaikum wbt,

Terliebih dahulu kami alu-alukan semua yang berkunjung ke blog Jurnal Pemuda Sekijang ini.. kesudian semua untuk menginfaqkan sedikit masa berkunjung dan menghadamkan tulisan dan idea yang ada diblog ini kami ucapkan jazakallahu khairan khatira. Menghargai kasih dan penghargaan semua kepada blog ini kami telah melakukan sedikit perubahan daripada segi persembahannya. Bermula semalam 30 Julai 2006, kandungan blog ini akan dibahagikan mengikut kolum iaitu ASPIRASI MINDA, BERITA ONLINE, GLOBAL NEWS ON NET(GNON), DIALOG MINDA, TARBIYYAH JIHADIYYAH, KENYATAAN MEDIA RASMI dan CETUSAN KREATIVITI. Setiap kolum mewakili genre atau bentuknya yang tersendiri. Harapan kami perubahan persembahan ini akan memudahkan semua untuk mencapai kandungannya.

Praktikalnya anda semua hanya perlu klik pada link yang telah disediakan untuk membaca bahan yang telah dimuatkan. Kaedah pengemaskinian kandungan pula berfungsi pada tajuk kolum dan tarikh yang disertakan dihujungnya ( cth : ASPIRASI MINDA - Jurnal 30-06-06 ). Persembahan baru ini bagi menepati konsep blog ini sebagai sebuah jurnal.

Kami mengalu-alukan sebarang komen dan kritikan terhadap kandungan dan persembahan blog ini. Anda boleh berbuat demikian dengan meninggalkan mesej di shoutbox ( sila skrol, shoutbox berada dibahagian bawah sekali. Begitu juga Arkib, Link dan Capaian Bahan Sebelumnya).

Sekian terima kasih dan harap maklum.

Admin Jurnal Pemuda Sekijang
 
posted by dppk sekijang at 11:54 AM | 4 comments
KENYATAAN MEDIA RASMI - Jurnal 30-06-06
24 April 2006 - Kenyataan Media DPPP Isu Pergaduhan dan Kematian di Kem PLKN
PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA PERLU DINILAI SEMULA
(Baca)

12 April 2006 -
Kenyataan Media DPPP Isu Pembatalan Projek Jambatan Indah
KERAJAAN PERLU LETAK JAWATAN
(Baca)

11 April 2006 -
Kenyataan Media DPPP Isu Kebanjiran Program-program Hiburan
BANGKIT SEBELUM PARAH
(Baca)

20 Mac 2006 -
Kenyataan Media DPPP Isu Tambak Johor
PENGKHIANATAN TERBESAR TERHADAP NEGARA
(Baca)

20 Mac 2006 -
Kenyataan Media DPPP Isu Program Latihan Khidmat Negara
PLKN PROGRAM INDOKTRIN UMNO
(Baca)

2 Mac 2006 -
Kenyataan Media DPPP Isu Kenaikan Harga Minyak
LETAK JAWATAN DAN BUBARKAN PARLIMEN
(Baca)

1 Mac 2006 -
Kenyataan Media DPPP Isu Kenaikan Harga Minyak
KENAIKAN HARGA MINYAK : RAKYAT AKAN BANGKIT
(Baca)

22 Febuari 2006 -
Kenyataan Media DPPP Isu Diskriminasi Pekerja Bertudung
PEMECATAN PEKERJA WANITA KERANA PEMAKAIAN TUDUNG : KERAJAAN PERLU BUKTIKAN KETEGASAN
(Baca)

9 Febuari 2006 -
Kenyataan Media DPPP Isu Tambak Johor
MARUAH DAN KEDAULATAN BUKAN TARUHAN (Baca)

 
posted by dppk sekijang at 11:01 AM | 0 comments
Thursday, June 29, 2006
ASPIRASI MINDA - Jurnal 30-06-06
Berlagu Jangan Sumbang, Menari Jangan Pincang
Oleh : Mohd Rashid bin Ithnin ( Ketua DPPK Sekijang )

Perkembangan politik mutakhir melibatkan pergelutan Dr. Mahathir dan Pak Lah sebenarnya berpentas diatas prinsip politik UMNO yang lapuk dan usang. Prinsip politik memungkinkan apa saja yang bersandarkan kepada matlamat menghalalkan cara menjadikan wajah politik Malaysia terlalu kotor dan buruk. Natijah daripada budaya politik sebegini memberi imej yang amat buruk kepada negara. Konklusi mudah yang boleh dibuat daripada situasi semasa ini ialah korupsi, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa adalah amalan yang membudaya didalam praktis sistem pemerintahan negara ini. Dengan wajah sebegini pastinya ianya memberi kesan secara langsung kepada kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara.

...selanjutnya

Sekarang Saya Hendak Jual Roti Benggali...

Oleh : Mohd Rashid bin Ithnin ( Ketua DPPK Sekijang )
Drama apa yang hendak dipentaskan oleh bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir ini. Menarik sungguh aksinya, yang kekadang berdiri gah menghunus senjata, berpencak bagai nak gila, kemudian bernada sinis, bersuara rajuk merintih manja. Aduh tinggi benar penghayatan wataknya. Soalnya mampukah luahnya itu menyentuh naluri khalayak yang kebanyakannya tuli, bisu dan buta. Jadilah apa sekalipun, tidak kiralah Hang Tuah atau Jebat, Hang Nadim atau Bentara Guru waima menjadi sibenggali penjual roti sekalipun belum tentu lagi khalayak akan menghayatinya lagilah mahu bertepuk sorak menghargainya. Kasihan sekali !
...selanjutnya


Kenapa Tidak Kita ?

Mohd Rashid bin Ithnin ( Ketua DPPK Sekijang )

Kenapa tidak kita ?
Soalan ini muncul
ketika saya didalam perjalanan pulang daripada Pagoh mengiringi pasukan bola sepak Pemuda Sekijang yang menyertai pertandingan 7 Sebelah anjuran DPPK Pagoh. Sepanjang hampir 1 jam perjalanan itu saya asyik memikirnya, memikirkan persoalan kenapa tidak kita ? Sebenarnya telah lama persoalan itu bersarang dibenak minda dan telah berkali-kali saya cuba nukilkan untuk dijadikan artikel untuk sama-sama kita fikirkan, tetapi sayangnya setiap kali itulah kebuntuan menghimpit.
...selanjutnya



Demi Politik Apa Saja Dipertaruhkan

Oleh : Mohd Rashid bin Ithnin ( Ketua DPPK Sekijang )

Laporan polis oleh Persatuan Pengguna Wilayah Persekutuan Sabah dan Labuan (CASH) yang mendakwa wujudnya sindiket mengeluarkan kad pengenalan Malaysia tulen kepada beribu-ribu pendatang asing di Sabah di bawah "Projek IC" merupakan pendedahan yang perlu dipandang serius oleh semua pihak. Lantaran ianya melibatkan soal kedaulatan dan keselamatan negara. Pendedahan yang memetik penulisan buku IC PALSU oleh Mutalib M.D itu jelas memperlihatkan wujudnya satu konspirasi yang didalangi oleh mereka yang berkepentingan bagi memastikan survival politik mereka.
...selanjutnya



Apabila Anda Berketuakan Seorang Yang Pengecut dan Bacul

Oleh : muhamadalfateh
Maka apa lagi yang boleh diharapkan dari sebuah organisasi itu jika ianya berketuakan seorang yang pengecut dan bacul. Jika membentengi diri sendiri dari segala tuduhan pun dia tidak berkemampuan maka bagaimana dia hendak membentengi kepentingan orang lain ? Aduhai...!





Good Cop, Bad Cop...! Pandangan Dari Sudut Berbeza Krisis Pak Lah - Mahathir

Oleh : Mohd Rashid bin Ithnin (Ketua DPPK Sekijang)
Secara umumnya kita menyedari bahawa kerajaan kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ( Pak Lah ) ketika ini berada ditahap yang cukup kritikal. Kualiti pentadbiran yang cacamarba dan bersifat ad hoc dengan pelan jangka masa panjang yang keliru menjadikan pemerintahan Pak Lah seringkali berhadapan dengan kritikan-kritikan yang cukup tajam dan pedas. Kemampuan Pak Lah untuk meneruskan agenda pembangunan yang telah diasaskan oleh Tun Dr. Mahathir dilihat amat rendah. Malahan pentunjuk ekonomi juga membuktikkannya



Kenaikan Mana Yang Tidak Membebankan

Oleh : Mohd Rashid bin Ithnin (Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sekijang)

Hari ini terbukti sudah bahawa apa saja yang dipamerkan oleh pimpinan UMNO khususnya Presidennya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sepanjang kempen Pilihanraya 2004 adalah satu lakonan semata-mata. Imej prihatin, telus dan lembut yang diuar-uarkan oleh media propaganda mereka tidak mampu membendung karektor mereka yang sebenar. Segala janji perubahan, kebaikan dan anjakan kini tinggal janji yang tidak mungkin terlaksana lagi.


 
posted by dppk sekijang at 7:10 PM | 0 comments